Wednesday, June 6, 2007

Pemandu saham

Salam sejahtera semua.Hari ini kita bercakap tentang risiko.Ada yang berkata bermain saham adalah berisiko tetapi ada pula yang berkata bermain saham tiada risiko.Bagaimana boleh terdapat perbezaan pendapat antara golongan ini.

Jadi untuk menyelelesaikan masalah ini,mari kita perhatikan dialog yang diucapkan di bawah ini.Lets reading.

A:Aku malaslah nak main saham.Asyik rugi sahaja.

B:Mengapa pula,bagi aku sahamlah best.Kurang berisiko.

A:Kurang berisiko engkau cakap.Aku dah rugi RM300000 main saham tahun lepas.

B:Banyak juga engkau rugi.

A:Itulah,tetapi aku hairanlah dengan engkau,bagaimana engkau boleh kata main saham tidak berisiko?

B:Hmm..macam mana ye.Ok aku bagi engkau satu anologi.Engkau ada lesen memandu tak?

A:Ada.Kenapa?

B:Macam mana kalau aku suruh engkau bawakan kereta daripada Ipoh ke Taiping?Engkau ada masalah tak?

A:Tentulah tidak.Sebab aku sudah ada lesen dan mempunyai pengalaman dalam memandu.

B:Bagaimana pula sekarang aku suruh anak engkau yang yang berumur lapan tahun memandu?

A:Gila engkau.Anak aku mana tahu memandu.Kereta control bolehlah.Boleh accident engkau tahu.Terlampau risiko.

B:Itulah risiko namanya.Risikonya terletak pada pemandu yang membawa kereta tersebut.Begitu juga dengan saham.Risiko terletak kepada siapa yang membawa kereta saham tesebut.Kalau pemandu tersebut mempunyai lesen dan pengetahuan tentang saham tentunya tiada masalah.Betul tak?

A:Betul.Terima kasih.Engkau banyak menolong aku memahami perkara ini.

Jadi adakah anda masih menganggap saham suatu yang berisiko?

Tuesday, June 5, 2007

The Secret

Salam..
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu clip yang menarik daripada YOU TUBE.Sebernanya clip ini saya lihat daripada blog shueqry berkata.Thanks.Clip ini telah banyak membantu saya dalam memberi inspirasi.Saya tidak jemu-jemu lihat clip ini.

Saya harap clip ini dapat membantu anda juga..

Monday, June 4, 2007

Why saham?

Mesti ada yang tertanya mengapa perlu melabur di dalam bidang saham?Padahal ada banyak lagi cara untuk menjana pendapatan dan seterusnya menjadi jutawan.Kita boleh melabur pada hartanah,membuka business,melalui mlm....tetapi mengapa SAHAM?

Sebenarnya memang tidak dinafikan memang banyak cara kita boleh menjadi jutawan,tetapi saya lebih suka dengan cara melalui saham.Sebenarnya perkara ini bergantung pada anda.Jika anda rasa hendak menjadi kaya melalui mlm,anda boleh.Kalau melalui hartanah juga pun boleh.

Pada saya,saya rasa saya mampu menjadi jutawan melalui saham.

Salah satu sebab lain saya melabur dalam saham adalah kerana ,kita tentunya pernah mendengar tentang sabda Nabi dimana 9/10 rezeki itu datang daripada perniagaan.Sememangnya memang betul.Ramai orang yang menjadi jutawan dengan menceburi bidang perniagaan,dan jarang kita dengar ada orang menjadi jutawan dengan hanya sekadar makan gaji.

Menurut Robert Kiyosaki-www.RichDad.com ,business ataupun perniagaan sebenarnya terdapat dua jenis.Business yang memerlukan anda bekerja di situ dan business yang tidak memerlukan anda bekerja di situ.

Contohnya mudah,business yang memerlukan kita di situ adalah seperti anda berniaga pasar malam,anda membuka klinik sendiri ataupun anda yang membuka consultant sendiri.Semua ini memerlukan anda berada di tempat perniagaan.Semua ini sebenarnya memakan masa anda.Disini apa yang anda labur adalah duit dan masa anda.

Untuk business yang tidak memerlukan anda berada di tempat perniagaan adalah seperti anda membeli saham.Dengan membeli salam sebenarnya anda merupakan sebahagian daripada pemilik business tersebut.

Contohnya jika anda membeli saham syarikat Petronas,ini bermaksud anda merupakan sebahagian daripada syarikat Petronas,bermaksud anda mempunyai business apa yang Petronas buat iaitu produk minyak.Dengan membeli saham bermaksud juga anda telah mengupah orang lain tanpa mereka sedar.Dengan membeli saham anda telah melabur ke atas masa orang lain.Dengan melabur saham anda telah jimat daripada melakukakn tugas-tugas seperti mencari minyak,menapis minyak dan banyak lagi.Ya,dan yang paling penting sekali masa anda dapat digunakan untuk perkara lain.Mengembangkan business lain mungkin?

KESIMPULAN di sini,dengan membeli saham apa yang anda labur adalah duit dan masa orang lain....Jadi ini bergantung kepada anda.Kedua-dua jenis business ini ada pro and consnya,jadi buatlah pemilihan yang bijak berdasarkan keadaan,tempat dan suasana.

Jadi yang mana satu anda pilih?

=)

Ist Way to Dreams

Assalamualaikum...ini adalah kali pertama saya menulis di dalam blog tentang saham.Dalam blog ini saya akan berkongsi pengetahuan,maklumat-maklumat tentang saham yang saya tahu.Saya akan jadikan ini titik mula saya di dalam dunia saham.

Sebab apa saya ingin menulis semua ini?

Jawapannya mudah sahaja.Ini memang merupakan impian saya.Impian saya adalah ingin menjadi orang yang paling berpengaruh dalam bidang saham di Malaysia.Saya ingin menjadi seperti Warren Buffet.Warren Buffet yang kita tahu di mana beliau menjana pendapatnya melalui saham.Ya dan kini beliau merupakan orang yang kedua terkaya di dunia.

Manakala impian saya adalah untuk menjadi orang yang paling berpengaruh dalam bidang saham di Malaysia.Saya harap suatu hari nanti saya mampu menguasai sebahagian besar saham saham mewah(blue chips).Seperti syarikat TNB,Telekom,Tabung Hajidan lain-lain saham yang kukuh pada hari ini.

Jadi apa kaitan dengan menulis blog.Jawapannya simple,sebab saya yakin dengan izinNya,InsyaAllah saya mampu mencapai cita-cita saya tersebut.Oleh itu,mulai hari ini saya akan kongsi pengetahuan saya yang tidak banyak dalam bidang ini supaya benda ini dapat menjadi panduan untuk orang lain dan saya juga.Supaya blog ini mampu menjadi bukti bahawa anda juga mampu berjaya.Jadi selamat datang ke MY Way to Sahamlogy...harap anda sentiasa mambukanya dan berkongsi pendapat anda.. Salam Ceria